Jumaat, 18 Jun 2010

#10 - Terus Mengutuk

KutukBina rasa sudah terlalu lama KutukBina berehat dari mengutuk engkorang semmuaa.
Wah, bertambah naik lemak ye engkorang sebab dah lama tak kena kutuk?

Kali ini KutukBina nak kutuk yang ringan-ringan saja.. almaklum, sudah lama berehat mengutuk, takkan tiba-tiba nak mula dengan kutukan melampau?

Tapi ringan-ringan pun, sebenarnya isu yang akan KutukBina bawakan ini adalah isu yang serius!

Wahai manuasia yang makan mengunyah berbunyi-bunyi "kecepap kecepap"! Sesungguhnya keranacara pemakanan dikau itulah, membuatkan ramai antara kita yang lain patah selera.

Apakejadahnya engkorang ni? Makan berbunyi-bunyi semasa mengunyah? Tidak bolehkah engkorang ni kunyah lebih sopan dengan tidak membuka mulut ketika mengunyah? Engkorang tahu atau tidak, bunyi-bunyian kunyahan engkorang yang gelojoh ini membuatkan ramai antara ahli jemaah yang lain boleh putus selera?

Dan acapkali KutukBina perhatikan, engkorang yang makan kecepap kecepip ni, sering tersembur makanan dari mulut engkorang! Weh, cukup menjengkelkan!

Apa mak bapak engkorang tak pernah tegur ke? Cikgu kat sekolah dulu tak pernah ajar ke table menace?

Kalau engkorang nak makan bercepak berccepik, pergi makan sorang-sorang. Jangan makan ramai-ramai!


- KutukBina Kutuk Kau... Ada Sesiapa Terasa? Harap Membina -