Ahad, 23 Ogos 2009

#8 - Kepada Pemandu Yang Takde Otak


Semua manusia dianugerahi dengan ciptaan organ yang paling berharga sekali. Otak.
Apa fungsi otak? Untuk berfikir dan bertindak.
Tapi apsal ramai yang tak gna otak bila memandu?

KutukBina kasihan melihat engkorang yang tak guna otak time drive ni.
Kadang-kadang KutukBina pelik, adakah engkorang ni tak di ajar dengan betul oleh sekolah memandu engkorang?
atau engkorang memang bodoh tidak boleh diajar?


engkorang tahu tak kegunaan lampu signal pada kenderaan engkorang tu?
lampu signal tu tujuannya untuk memberitahu pengguna jalan raya yang lain arah tuju engkorang jika sekiranya engkorang hendak membelok ke kiri atau ke kanan.

Tapi apa pasal engkorang malas sangat nak on kan lampu signal tu?
KutukBina sangat meluat dengan sikap engkorang yang camtu.
Menyusahkan pengguna jalanraya yang lain tahu tak?
BODOH.

Apa la salahnya engkorang lebih bertimbang rasa semasa memandu.
Hidupkan lampu isyarat tu pabila engkorang nak tukar lorong ataupun membelok.
PEMALAS jenis apa engkorang ni?

Bila orang lain hon engkorang, engkorang buat muka tak puas hati.
Macam jalan tu BAPAK engkorang yang punya, padahal memang engkorang yang bersalah.

TAK TAHU MALU!!!




- KutukBina Kutuk Kau... Ada Sesiapa Terasa? Harap Membina -

1 ulasan:

Kaseh berkata...

#HIDUP HANYA SEBENTAR#
SEBENTAR senang
SEBENTAR sedih
SEBENTAR pokai
SEBENTAR berduit
SEBENTAR ketawa
SEBENTAR lagi…
LEBARAN Aidil Fitri

Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring bedug yang menggema, seruan takbir yang berkumandang, kuhulurkan salam menyambut hari raya Aidil fitri, jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf Zahir dan batin..

Kaseh