Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Rabu, 15 Julai 2009

#6 - Kutukan Keenam - Si tanggang


Si Tanggang, Malim Kundang..

KutukBina rasa setiap rakyat malaysia mengetahui mengenai cerita-cerita hikayat tu kan?

Tapi berapa ramai pulak yang menyemai perasaan hormatkan pada Ibu Bapa seperti yang cuba disampaikan oleh ceritera itu?

Mungkin, tatkala kita melihat cerita itu, kita masih di alam kanak-kanak..
lalu berjujuranlah airmata dan insaflah kita ketika itu..

Tapi, pabila kita melangkah ke alam dewasa, semua nilai-nilai murni tadi seolah-olah hilang begitu saja..
Mungkin terhakis sebab kita sebok mengejar dunia..
sebok mengejar kebendaan..
sebok nak stabilkan diri... kewangan.. kawen...

Dan time tu engkorang sang terkutuk, lupa tanggungjawap engkorang pada yang telah mendewasakan engkorang..

Tak kira la even engkorang dulu time kecik-kecik, parent engkorang bercerai ke...
makpak engkorang tak sebulu tak serumah ke..
Tanggungjawap terhadap KEDUA ORANG TUA tetap tergalas di bahu engkorang kerana, engkorang adalah anak !!!

jangan engkorang jadikan alasan "Dulu Makpak aku tak jaga aku sangat.. dorang asyik gadoh-gadoh je.. bila dah baik semula, dorang asyik sebok wat adik utk aku je..."

MACAMANA SEKALIPUN, ENGKORANG TETAP ANAK MEREKA

Manakala, celakalah bagi mereka yang telah diberikan sepenuh kasih sayang, tapi bila engkorang dah besar, engkorang lupakan makayah!!

Ni lagi la kategori otak tak berfungsi bagi aku !!

Kasihanilah orang tua kita..
Mereka dah banyak berkorban bukan sahaja kasih sayang, bahkan jua wang ringgit dalam membesarkan dan mendewasakan kita

Tidak ternilai pengorbanan mereka... !!

yang engkorang tau, abis duit, mintak makpak!

bila dah besar, engkorang tak layan pun makpak korang...


Celakalah bagi engkorang!!!



- KutukBina Kutuk Kau... Ada Sesiapa Terasa? Harap Membina -