Rabu, 15 Julai 2009

#6 - Kutukan Keenam - Si tanggang


Si Tanggang, Malim Kundang..

KutukBina rasa setiap rakyat malaysia mengetahui mengenai cerita-cerita hikayat tu kan?

Tapi berapa ramai pulak yang menyemai perasaan hormatkan pada Ibu Bapa seperti yang cuba disampaikan oleh ceritera itu?

Mungkin, tatkala kita melihat cerita itu, kita masih di alam kanak-kanak..
lalu berjujuranlah airmata dan insaflah kita ketika itu..

Tapi, pabila kita melangkah ke alam dewasa, semua nilai-nilai murni tadi seolah-olah hilang begitu saja..
Mungkin terhakis sebab kita sebok mengejar dunia..
sebok mengejar kebendaan..
sebok nak stabilkan diri... kewangan.. kawen...

Dan time tu engkorang sang terkutuk, lupa tanggungjawap engkorang pada yang telah mendewasakan engkorang..

Tak kira la even engkorang dulu time kecik-kecik, parent engkorang bercerai ke...
makpak engkorang tak sebulu tak serumah ke..
Tanggungjawap terhadap KEDUA ORANG TUA tetap tergalas di bahu engkorang kerana, engkorang adalah anak !!!

jangan engkorang jadikan alasan "Dulu Makpak aku tak jaga aku sangat.. dorang asyik gadoh-gadoh je.. bila dah baik semula, dorang asyik sebok wat adik utk aku je..."

MACAMANA SEKALIPUN, ENGKORANG TETAP ANAK MEREKA

Manakala, celakalah bagi mereka yang telah diberikan sepenuh kasih sayang, tapi bila engkorang dah besar, engkorang lupakan makayah!!

Ni lagi la kategori otak tak berfungsi bagi aku !!

Kasihanilah orang tua kita..
Mereka dah banyak berkorban bukan sahaja kasih sayang, bahkan jua wang ringgit dalam membesarkan dan mendewasakan kita

Tidak ternilai pengorbanan mereka... !!

yang engkorang tau, abis duit, mintak makpak!

bila dah besar, engkorang tak layan pun makpak korang...


Celakalah bagi engkorang!!!



- KutukBina Kutuk Kau... Ada Sesiapa Terasa? Harap Membina -

3 ulasan:

ct rahani berkata...

sokong kata KB.. sana sini dgr citer pasal anak derhaka nih.. huhuhu..

ila ni berkata...

KB, saya ada soalan. ni bkn pengalaman sndiri, tp tertengok crite kt tv, kesah anak yg tak pedulikan ayahnya bila dah besar. sbb nya ayah dia pnah rogol dia masa kecik. kalau camtu macam mana aa?

btw, mmg betul, tang duit tu yang agak besar pengorbanan yg kita tak nampak. bila calculate yuran2 sekolah, duit makan hari2, huish dah juta2 kot? marilah kita sama2 insaf~ cee dah jadi mcm penulis kedua blog kutuk bina ;P

KutukBina berkata...

Sahabat Ila Ni,

Pernah suatu ketika di zaman khalifah sahabat nabi, beliau didatangi oleh seorang ayah yang mngadu anaknya tidak hormat pada dirinya.

lalu khalifah tersebut melakukan soal siasat dan didapati bahawa ayahnya itu seorang yg tidak menerapkan nilai2 iman dalam mendidik anak. maka khalifah mengatakan bahawa ayahnya itu terlebih dahulu telah derhaka kepada anaknya !!!

setiap manusia perlu di beri peluang jika benar-benar mereka telah bertaubat dan berikrar untuk berubah.

walaupun si anak tidak dapat memberi sepenuh kasih sayag terhadap sang ayah durjana, namun sedikit sebanyak rasa hormat sesama insan tetap wajib diberikan kepada sang ayah durjana!