Selasa, 14 Julai 2009

#5 - KutukBina Ditegur

Suka Kutukbina memetik ayat di bawah:

masviona berkata...

assalamualaikum kutukbina,

saya terima jemputan kutukbina utk menjenggah ke blog nih n rasanya saya dah baca semua n3 kutukbina

ok nasihat saya, saya nih bukanlah pndai sgt but rasanya tak salah jika kutukbina nak kritik sesapa pun coz itu pendapat n pandangan kutukbina (jika kutukbina nak kritik diri saya sendrik pun saya ok² saja coz saya tau saya bukan perfect mana)

TAPI suke lah saya nak ingatkan kutukbina sendrik jika kutukbina ingin mengutuk sesapa pun apalah salahnya kutukbina sendrik mengutuk n mengkritik ngan gaya bahasa yang berhemah bukan apa nanti dikata dek org seperti KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN NGAN BETUL tp ibu ketam sendrik berjalan sengget lebih kurang begitu ler kan

coz dr pemahaman saya asas n prinsip yg kutukbina pegang pada dasarnya baik tapi bila kutukbina pun mencaci n memberi gelaran yg kurang enak utk org yg dikiritik membuatkan saya n mungkin readers yg lain rasa mcm kurang respek ngan diri kutukbina sendrik n pada saya sendrik terasa mcm JIJIK lah nak baca ayat² kutuk bina nih....maaf saya katakan yg JUJUR n BENAR

huhuhu....saya sedar saya juga tdk sempurna namun saya ikhlas menegur apa yg saya rasa betul....sekian

uhukssss....harap komen pjng lebar nih dpt membina kutukbina juge...huhuhu

2009 Julai 14 11:52


KutukBina menerima komen yang panjang lebar dari Saudari Masviona.
Juga KutukBina menerima teguran dari Saudari CT di dalam shoutbox.
Terima kasih KutukBina ucapkan di atas keprihatinan dan sensitiviti yang diutarakan.

KutukBina sedari awal telah menduga jika cara penulisan KutukBina adalah sangat keras dan kasar, maka akan ramailah pembaca dan Sahabat KutukBina yang akan tersentap.

Tujuan asal KutukBina membina laman ini bukanlah untuk mengaibkan orang yang Terkutuk, mahupun menjijikkan para Sahabat KutukBina dengan gaya bahasa KutukBina yang keras dan kasar.

KutukBina sedari awal telah menanam prinsip yang KutukBina akan mengutuk dan mencerca memaki hamun si terkutuk dengan sesuka hati dan gaya bahasa KutukBina.
namun, KutukBina juga manusia biasa.
Mungkin dengan gaya bahasa KutukBina yang disifatkan terlalu kasar ini, ramai yang mungkin dan akan sakit hati, waima kutukan KutukBina bukanlah ditujukan pada Sahabat-sahabat KutukBina.

KutukBina dengan rasa rendah hati menerima teguran dari Masviona dan CT.
Niat KutukBina membina laman ini tidak lain tidak bukan adalah bagi membuka mata Si Terkutuk agar cepat sedar dan memperbetulkan barisan dan langkah agar ayunan lebih teratur dan kemas.

Pada KutukBina, para Si Terkutuk merupakan insan-insan yang mungkin alpa di dalam kehidupan, sekaligus lalai dengan arus kemodenan dan juga terpengaruh dengan anasir dan wacana kebejatan.
Justeru KutukBina berpendapat, salah satu cara yang jarang digunapakai ialah dengan MENGHENTAM Si Terkutuk secara terbuka dan LANTANG.

Namun KutukBina akan mengmbil kira sensiviti semua para Sahabat KutukBina yang mula berjinak-jinak dengan isu yang KutukBina utarakan, dan KutukBina juga amat takut bila saudari Masviona mengatakan KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN DENGAN BETUL.

Maka di posting kutukan yang akan datang, Kutukbina akan mencuba untuk menapis sedikit sebanyak gaya bahasa KutukBina agar lebih ramai Sahabat KutukBina yang boleh mengmbil iktibar, namun KutukBina akan pastikan disebalik bahasa yang kurang kasar, Si Terkutuk yang KutukBina kutuk akan masih terasa panas dan bahangnya.

Terima kasih buat semua Sahabat KutukBina.

Pada Si Terkutuk, AWAS ENGKORANG, KUTUKBINA AKAN TETAP MENGUTUK ENGKORANG WALAUBAGAIMANAPUN DUGAA YANG KUTUKBINA HARUS TEMPUH !



- KutukBina Kutuk Kau... Ada Sesiapa Terasa? Harap Membina -

Tiada ulasan: